KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib hari ini secara rasminya menyertai Pas apabila beliau menyerahkan borang keahliannya kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di ibu pejabat parti itu.
Muhammad yang juga bekas Ahli Jawatankuasa Tertinggi Umno itu menyerahkan borang keahlian Pas pada jam 11.30 pagi dalam satu sidang media khas.

Muhammad Muhd Taib menyerahkan borang keahlian kepada Hadi Awang di Ibu Pejabat Pas, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur hari ini.
Muhammad Muhd Taib (dua dari kiri) dengan rasminya menyertai Pas
Penyerahan itu disaksikan barisan pimpinan tertinggi Pas yang hadir, antaranya Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Haron Din; Timbalan Presiden, Mohamad Sabu; Naib Presiden, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.
Muhammad atau lebih dikenali sebagai Mat Taib merupakan bekas Menteri Besar Selangor ke-11 dan menggalas jawatan itu selama hampir 12 tahun sejak 1986.
HULU SELANGOR – Hasrat sekumpulan lelaki untuk melarikan 44 ekor kambing di sebuah bladang ternakan kambing dan lembu di Perindustrian Zurah, Rasa di sini semalam tidak kesampaian apabila lori membawa muatan ternakan curi itu diekori kereta peronda polis.
Satu sumber berkata, semasa kejadian pada pukul 3.50 pagi, tiga lelaki bersenjatakan parang telah menceroboh masuk ke rumah pekerja ladang yang didiami dua pekerja warga India.
“Tiga suspek kemudian memaksa salah seorang pekerja itu membuka pintu pagar ladang sebelum penjenayah itu mengheret kambing-kambing dianggar bernilai RM25,000 tersebut menaiki sebuah lori,” kata sumber itu.
Jelas sumber itu, selepas kira-kira setengah jam berada di ladang tersebut, tiga penjenayah itu meninggalkan ladang tersebut.
Seorang pekerja ladang turut dibawa bersama dengan kambing yang dicuri. Tiga penjenayah itu turut menaiki kenderaan yang sama.
Kosmo
BEIJING – Angka kematian terkini akibat varians ter baharu virus H7N9 di China kini meningkat kepada 20 lapor Suruhanjaya Kesihatan dan Perancangan keluarga negara itu.
Setakat ini, varians terbaharu selesema burung yang masih belum terbukti tersebar dari manusia ke manusia itu telah dikesan menjangkiti 102 orang kebanyakannya di timur China. – AFP
JOHOR BAHRU – Seorang lelaki Singapura ditahan minggu lepas kerana dipercayai mengedar dadah ke republik itu.
Lelaki berusia 50 tahun itu ditahan di sebuah hotel di sini dan polis menemui 770 gram disyaki ekstasi bernilai RM210,000 dan 400 gram disyaki ketamin bernilai RM40,000.
“Dadah ini dianggar boleh dibekalkan kepada 5,850 orang penagih,” kata Ketua Polis Johor, Deputi Komosioner Datuk Mohd. Mokhtar Mohd Shariff dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata, lelaki bujang yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu turut mempunyai rekod lampau berkaitan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan ujian air kencing ke atasnya didapati positif syabu.
Suspek kini direman sehingga Khamis bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B dan Seskyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 32 Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988.
Polis sedang mengesan kemungkinan terdapat suspek lain yang terlibat. – Bernama

Ketika kita lapar, tangan ibu yang menyuapi. Ketika kita haus, tangan ibu yang memberi minuman. Ketika kita menangis, tangan ibu yang mengusap air mata. Ketika kita gembira, tangan ibu yang menadah syukur, memeluk kita erat dengan deraian air mata bahagia.
Ketika kita mandi, tangan ibu yang meratakan air ke seluruh badan, membersihkan segala kotoran. Ketika kita dilanda masalah, tangan ibu yang membelai duka sambil berkata, “Sabar nak, sabar ya sayang.”
NAMUN,
Ketika ibu sudah tua dan kelaparan, tiada tangan dari anak yang menyuapi. Dengan tangan yang gemetar, ibu menyuapkan sendiri makanan ke mulutnya dengan linangan air mata. Ketika ibu sakit, dimana tangan anak yang ibu harapkan dapat merawat ibu yang sedang sakit?
Ketika nyawa ibu terpisah dari jasad. Ketika jenazah ibu hendak dimandikan, dimana tangan anak yang ibu harapkan untuk menyirami jenazah ibu untuk terakhir kali.

Suatu ketika Allah SWT memerintahkan seorang Malaikat menemui Iblis agar menghadap Baginda Rasul saw untuk memberitahu segala rahasianya, baik yang disuka maupun yang dibencinya. Hal ini dimaksudkan untuk meninggikan derajat Nabi Muhammad saw dan juga sebagai peringatan dan perisai umat manusia.
Kemudian Malaikat itupun mendatangi Iblis dan berkata : “Hai Iblis! Engkau diperintah Allah untuk menghadap Rasulullah saw. Bukalah semua rahasiamu dan jawablah setiap pertanyaan Rasulullah dengan jujur. Jika engkau berdusta walau satu perkataanpun, niscaya akan terputus semua anggota badanmu, uratmu serta disiksa dengan azab yang amat pedih”.
Mendengar ucapan Malaikat yang dahsyat itu, Iblis sangat ketakutan, maka segera ia menghadap Rasulullah saw dengan menyamar sebagai orang tua yang buta sebelah matanya dan berjanggut putih 10 helai yang panjangnya seperti ekor lembu.
Iblis pun memberi salam sampai 3 (tiga) kali salam, Rasulullah saw tidak juga menjawabnya, maka Iblis berkata : “Ya Rasullullah! Mengapa engkau tidak menjawab salamku? Bukankah salam itu sangat mulia di sisi Allah?” Maka jawab Nabi dengan marah : “Hai musuh Allah! Kepadaku engkau menunjukkan kebaikanmu? Jangan kau coba menipuku sebagaimana kau tipu Nabi Adam as sehingga beliau keluar dari syurga, kau hasut Qabil sehingga ia tega membunuh Habil yang masih saudaranya sendiri, ketika sedang sujud dalam sembahyang kau tiup Nabi Ayub as dengan asap beracun sehingga beliau sengsara untuk beberapa lama, kisah Nabi Daud as dengan perempuan Urya, Nabi Sulaiman meninggalkan kerajaannya karena engkau menyamar sebagai isterinya dan begitu juga beberapa Anbiya dan pendeta yang telah menanggung sengsara akibat hasutanmu.
Solat ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalam keraguan memutuskan mana yang terbaik diantara dua perkara yang diragukan. Jika timbul keraguan dalam hati untuk memilih atau mengambil keputusan dalam sesuatu perkara.
Contohnya: apakah aku harus menolak atau menerima? Keraguan makin terasa, keputusan tidak dapat dipastikan setelah melihat masing-masing ada kelebihan dan keburukannya.
Oleh yang demikian, hendaklah menyerahkan pada Yang Maha Kuasa untuk memilihnya. Sebelum seseorang mengambil keputusan ia dianjurkan solat istikharah dua rakaat.
Dengan mengharapkan agar ditunjukkan Allah untuk mendapatkan pilihan yang terbaik. Jika keraguan masih mempengaruhi fikiran untuk menentukan pilihan, ulangilah solat istikharah dan membaca doanya, walaupun pengulangan sampai 7 kali berturut-turut. Selepas itu, bertawakkal kepada Allah, pilihlah salah satu daripadanya, ambillah yang mana arah ‘hati’ lebih cenderung setelah berdoa. Jangan menimbulkan lagi keraguan, yakinlah bahawa itu adalah pilihan terbaik dari yang Maha Kuasa.

1 – Cukai Pintu rumah kediaman dikecualikan.
2 – Air Percuma 20 meter padu pertama.
3 – Meneruskan tuntutan Royalti Minyak.
4 – 17 ribu Peluang Pekerjaan di Terengganu.
5 – Skim bantuan & Projek ekonomi rakyat miskin
6 – Ganti tanah rakyat yg diambil dengan Tapak Baru.
7 – Selesaikan isu Tanah Rakyat yg dirampas UMNO.
8 – Menambah Sekolah Menengah Agama di setiap Daerah
9 – Mewujudkan IPT Islam utamakan anak Terengganu
10 – Cuti 30 hari Bergaji untuk Kakitangan Awam kematian suami
::: 10 lagi TAWARAN PAS kepada Rakyat Terengganu jika Pakatan Rakyat MENANG di Terengganu & Pakatan Rakyat MENANG di Malaysia :::
1 – Caj Wad Kelas 3 Hospital Percuma.
2 – RM1,000 Insentif perkawinan kepada Pengantin (L&P).
3 – RM100 Juta setahun Pinjaman Perumahan tanpa RIBA.
4 – RM100 Juta setahun Tabung Usahawan tanpa RIBA.
5 – RM300 Insentif untuk Lesen Memandu.
6 – RM100 Insentif Kelahiran Anak dan RM1,000 Caruman untuk Anak.
7 – RM600 setahun utk Warga Emas 60 tahun ke atas yang bukan Pesara Kerajaan.
8 – Mewujudkan Pusat Pemulihan Dadah dan Latihan Kerjaya secara Islam.
9 – Mewujudkan Bandar Lestari baru di setiap Daerah.
10 – Memansuhkan semua bayaran balik Pinjaman Pendidikan Yayasan Terengganu menggantikannya dengan biasiswa.
Sumber FB

Beliau yang syahid di dalam gambar ialah Khalil al-Sharif Khalil Rahman.
Beliau mati syahid 16 tahun yang lalu.
Kuburnya dibuka untuk menanam Syahid yang baru di sebelahnya, namun yang mengejutkan ialah selepas ia dibuka, jasadnya masih kekal seakan baru ditanam.
KOTA BHARU – Akibat enggan membenarnya kedai makannya di pasang bendera parti politik, seorang peniaga menerima 18 jahitan akibat pahanya dilibas dengan parang oleh seorang lelaki di Kampung Ketil, Pengkalan Kubor, Tumpat pada Jumaat lepas.
Jurucakap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan bagi Pilihan Raya Umum ke-13, Supt Che Mahazan Che Aik berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 3 pagi ketika mangsa berada di kedai makannya di kawasan bebas cukai Pengkalan Kubor.
“Salah seorang daripada tiga suspek telah bertindak melibas parang yang terkena paha kiri mangsa. Motif dipercayai kerana mangsa enggan membenarkan premisnya dipasang bendera parti kerana dikatakan akan menjejaskan perniagaannya,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini hari ini.
Che Mahazan berkata suspek tersebut yang berusia 28 tahun telah ditahabn sementara dua lagi yang telah dikenal pasti sedang diburu.
Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera dan Seksyen 596 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.
Sementara itu tiga laporan diterima di Pasir Puteh pada hari penamaan calon semalam.
Che Mahazan berkata salah satu kes melibatkan dua pelajar institusi pengajian tinggi swasta yang berusia 23 dan 25 tahun yang menyamar sebagai pemantau pilihan raya dan memasuki kawasan penamaan calon di Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh.