Sitegiant E-Commerce

Posts Tagged ‘kosmo’

Kes dekan kahwin ‘lelaki’ selesai

Posted on the January 8th, 2014 under Kuala Lumpur by

KUALA LUMPUR – Kes pertikaian kesahihan jantina seorang pemilik butik kecantikan, Sri Wani Choo Abdullah oleh bekas suaminya di Mahkamah Tinggi Syariah di sini selesai semalam selepas bekas dekan itu bersetuju membayar kepada wanita itu kos mahkamah sebanyak RM12,000 secara ansuran bulanan.

Setahun lebih kes itu tertangguh, Dr. Bahrom Sanugi akhirnya akur untuk melunaskan kos guaman tersebut seperti mana diperintahkan oleh Hakim Syarie Mohd. Amran Mat Zain selepas menolak permohonan yang difailkan pada 17 Januari 2011.

Menurut peguam syarie, Datuk Amli Embong yang mewakili Sri Wani, buat permulaan Bahrom telah membayar sebanyak RM3,000 pada prosiding semalam.

Baki RM9,000 kos mahkamah yang perlu dibayar kepada Sri Wani akan dibayar setiap RM3,000 dalam tempoh tiga bulan lagi.

Persetujuan itu direkodkan di hadapan Mohd. Amran sementara peguam syarie Irsamuddin Ikhsan hadir bagi pihak Bahrom yang juga hadir di mahkamah.

Sri Wani mengakui lega dan bersyukur kerana semua telah selesai selain dia telah berbaik-baik semula dengan bekas suaminya itu.

Sinar Harian:

  • c9 sinar harian (2)
  • ghsafb (2)

Mangsa kedua lemas di Sungai Semantan ditemui

Posted on the November 12th, 2013 under Pahang by

KUANTAN – Mayat seorang lagi kanak-kanak perempuan yang dikhuatiri lemas selepas mandi di Sungai Semantan petang Sabtu lepas ditemui hari ini.

Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner Aziz Salleh berkata mayat S. Thurgadevi, 9, ditemui pasukan penyelamat pada 12.45 tengah hari.

“Mayat kanak-kanak itu ditemui di bawah sebatang pokok tumbang kira-kira lapan kilometer dari tempat mangsa dilapor hilang.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh untuk bedah siasat,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Semalam mayat kakaknya, S Sivaneswary, 10, ditemui sepasukan anggota skuba dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Temerloh pada pukul 10 pagi, kira-kira 20 meter dari tempat kejadian.

Sabtu lepas dua beradik itu yang bersekolah di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Mentakab dilapor hilang semasa mandi di sungai berkenaan. – Bernama

Sinar Harian:

  • metro online (10)
  • sinar harian my arena bola sepak (6)
  • kosmo online (3)
  • harian kosmo (2)
  • berita terkini kosmo online sinar harian (1)
  • kosmo kuala terengganu hubungi (1)
  • marang resort and safari terengganu (1)
  • Sinar Harian Arena Bola Sepak (1)
  • sinar harian bola sepak kelantan (1)

Sultan berjiwa rakyat, disanjung lagi disukai

Posted on the November 12th, 2013 under Kelantan by

Sultan berjiwa rakyat, disanjung lagi disukai

GELARAN ‘Sultan berjiwa rakyat’ begitu sinonim dengan baginda yang merupakan Sultan Kelantan ke-29, walaupun diputerakan sebagai anak raja namun jiwa tersebut sudah wujud sejak azali menyebabkan baginda disenangi semua golongan.
Merupakan putera sulung Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra dan Raja Perempuan Tengku Anis Almarhum Tengku Abdul Hamid, baginda yang diberi nama Tengku Muhammad Faris Petra, berkenan menggunakan gelaran Sultan Muhammad V sebaik dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan pada 13 Oktober 2010.
Difahamkan, pemilihan gelaran tersebut sebagai kesinambungan kepada sejarah salasilah negeri Kelantan apabila sultan terakhir menggunakan gelaran Sultan Muhammad IV, berkebetulan pula dengan nama baginda Muhammad, menyebabkan gelaran tersebut menjadi pilihan pertamanya.
Baginda yang begitu disanjung tidak kekok untuk menjalankan aktiviti bersama rakyat, malah baginya melakukan perkara disukai tanpa mengira pangkat dan darjat akan lebih memberi kepuasan.
Sikap baginda yang tidak pernah berkira untuk membantu rakyat dalam kesusahan dan kesempitan, ditimpa musibah serta berdepan masalah kesihatan juga boleh menjadi contoh terbaik kepada masyarakat.
 

Sinar Harian:

  • sinar harian kelantan (426)
  • sinar harian terkini (365)
  • sinar harian hari ini (187)
  • akhbar sinar harian online (167)
  • surat khabar sinar (159)
  • sinar harian online hari ini (152)
  • sinar kelantan (70)
  • sinar harian metro (69)
  • sinar harian edisi kelantan (61)
  • sinar harian kelantan hari ini (51)

Aktiviti ‘gelap’ terbongkar

Posted on the November 11th, 2013 under Terengganu by

Aktiviti 'gelap' terbongkar

KUALA TERENGGANU – Pelbagai alat perangsang dan permainan seks ditemui hasil serbuan pihak berkuasa di rumah kongsi pekerja warga asing di Pusat Pengeluaran Iduk dan Baka Benih Udang Laut jenis Specific Pathogen Free (SPF) Kampung Telaga Putat, Setiu, awal pagi kelmarin.

Ketua Bahagian Penguat kuasa Jabatan Imigresen Terengganu, Mohd Shahrir Khalil berkata, dengan penemuan pelbagai alat perangsang seks dalam serbuan kira-kira jam 2 pagi itu membongkar aktiviti ‘gelap’ penghuni rumah kongsi berkenaan selama ini.

Menurutnya, peralatan itu disimpan dalam kotak dan disorokkan di dalam salah sebuah bilik di rumah kongsi tersebut.

“Hasil siasatan, seorang daripada penghuni itu mengakui kesemua peralatan seks tersebut adalah miliknya dan turut digunakan rakan lain bagi memuaskan nafsu masing- masing,” katanya, semalam.

Mohd Shahrir berkata, walaupun warga asing terbabit mengaku hanya mencari peralatan seks untuk memuaskan nafsu dan  tidak melibatkan wanita, namun pihaknya bimbang aktiviti tersebut jika  dibiarkan boleh membahayakan gadis tempatan.

Bekas banduan cuba tikam ibu ditahan polis

Posted on the November 11th, 2013 under Terengganu by

HULU TERENGGANU – Biarpun pernah dipenjara kerana mencederakan bapa sendiri dengan pedang samurai tahun lepas, hukuman itu tidak sedikit pun menginsafkan seorang lelaki di sini apabila dia sekali lagi mengulangi perbuatan sama.

Lelaki berusia 24 tahun yang pernah dipenjara selama lapan bulan itu sekali lagi mengancam keselamatan ibu bapanya yang enggan memberikan wang yang dimintanya Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Ismail Muslim berkata, bekas banduan itu mengamuk dan hampir menikam ibunya dengan pisau apabila permintaannya tidak dipenuhi

Bapa lelaki itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu semalam.

“Lelaki itu ditahan di rumahnya kira-kira jam 9 pagi ini,” katanya kepada pemberita di IPD Hulu Terengganu hari ini. – Bernama – sinar

Lelaki mahu jenguk anak demam maut nahas

Posted on the November 11th, 2013 under Terengganu by

MARANG – Hasrat seorang bapa untuk menjenguk anaknya yang demam tidak kesampaian selepas dia maut dalam nahas di Kilometer 29 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Marang Resort dan Safari Pulau Kerengga di sini.

Kejadian itu berlaku ketika Zuhaifuazlan Mukhtar, 33, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Binjai Rendah untuk menjenguk anaknya yang demam.

Mangsa bekerja di Kuantan Pahang dan dia dikatakan sering berulang alik untuk menjenguk isteri dan tiga anaknya.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya berkata, kejadian itu dipercayai berlaku setelah pemandu pacuan empat roda Muhamed Rifaie Mohd Zaman, 19, cuba memotong beberapa kenderaan namun gagal lalu merempuh Perodua Alza dipandu mangsa dari arah bertentangan.

“Akibat pertembungan itu, mangsa tersepit di tempat duduk pemandu dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata Muhamed Rifaie, yang bekerja sebagai penyelia kedai keropok di Gong Beris, patah kaki kanan.

Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah. – Bernama – sinar